Thursday, November 29, 2007

Hotel Information in Langkawi(Country Code-60)

AB Motel [04-955 1300]
Andaman Datai Bay [04-9591099]
Aseania Seaview Resort [04-955 2020]
Asia Hotel [04-966 6266]
Beach Garden Resort [04-955 1363]
Beringin Beach Resort [04-966 6966]
Berjaya Langkawi Beach Resort [04-959 1888]
Black Sand Beach Motel [04-959 1015]
Burau Bay Resort [04-959 1061]
Cenang Beach Resort [04-955 1395]
Cenang Beach House [04-955 5598]
Chalet2020 [04-955 2806]
Chandek Kura Resort [04-955 3146]
Charlie Motel [04-955 1200]
City Bay View Hotel [04-966 1818]
Datai [04-959 2500]
Federal Lodge [04-955 1701]
Grand Beach Hotel [04-955 1457]
Green Hill Beach Motel [04-955 1935]
Hotel Central Langkawi [04-966 8585]
Hotel Helang [04-962 2020]
Hotel Keluarga [04-966 0834]
Hotel Langkawi [04-966 6248]
Hotel Malaysia [04-966 6298]
Inapan Desa Permai [04-955 1086]
JB Motel [04-966 8545]
Kok Seng Motel [04-966 7810]
Kondo Istana [04-966 1118]
Kampung Tok Senik [04-955 7288]
Langkapuri Beach Resort [04-955 1202]
Langkasuka, Hotel [04-966 6751]
Langkasuka Resort [04-955 6888]
Langkawi Seaview Hotel [04-966 0600]
Las Brisas Club [04-955 2933]
Mahsuri Beach Resort [04-955 2977]
Mawanza Hotel [04-966 0029]
Melati Tanjung Motel [04-955 1099]
Nadias' Inn [04-955 1401]
Panorama Langkawi Country Resort [04-955 2721]
Pantai Aneka Motel [04-966 6910]
Perdana Beach Resort [04-955 2323]
Pelangi Beach Resort [04-955 1001]
Pulau Rebak Marina Resort [04-966 9960]
Tanjung Rhu Resort [04-959 1033]
The Westin Langkawi Resort [04 - 9662020]
Samila Beach Motel [04-955 1964]
Sea Hill Chalet [04-955 5148]
Seri Pulau Motel [04-9667185]
Sheraton Perdana Resort [04-966 2020]
Sri Manis, Motel [04-966 7805]
Sunrise Island Resort [04-966 0003]
Sugary Sand Motel [04-955 1755]
Sri Bayu Inn [04-959 1719]
Sri Intan Apartment [04-955 5555]
Tanjung Malie Chalet [04-955 1891]
The Awana Porto Malai [04-955 5111]
The Garden Hotel [04-966 3618]
The Lanai Langkawi Resort [04-965 3401]
Twin Peak Island Resort [04-966 8255]

Thursday, November 8, 2007

Realiti Kehidupan

Aku nak sambung balik cerita langkawi ni. Kebanyakan orang-orang kampung dilangkawi ni suka sangat bela anjing di rumah depa. Aku pun tak tau kenapa sebab depa ni orang melayu dan beragama islam tapi bab-bab ni depa lupa. Aku pernah tengok anjing jilat kaki tuan dia, lepas tu tuan dia pi basuh saja. Aku jadi heran, nak kata tak tau hukum agama, umuq dah tua.
Cuti hujung minggu jatuh pada hari jumaat, tujuannya supaya umat islam boleh pi sembahyang jumaat tapi kat sini hari jumaat tu depa penuhi dengan aktiviti memburu babi hutan. Dari pagi sampai ke petang. Kalau dapat tu depa akan lapah babi hutan tu dan bagi makan kat anjing depa. Kalau hari biasa depa akan pi waktu malam, sampai pukul 4 atau 5 pagi baru balik rumah. Aku tak tau sampai bila aktiviti ni nak berhenti sebab bukan setakat orang tua saja yang muda-muda pun dah mula ikut sama.
Depa ni suka pikat burung jugak, burung merbok. Hari yang paling meriah adalah hari jumaat. Tempat yang orang tak pernah pegi pun depa masuk, dari pagi sampai petang duduk sembunyi dalam semak takut burung nampak. Anak bini kat umah terbiar.
Ketika aku tinggal di kuala Lumpur dulu, dari pagi sehingga kepetang, anak-anak aku menghabiskan masa depa di sekolah, lepas tu kekelas KAFA, tapi di Langkawi aktiviti tu tak ada sangat. Mula-mula dulu anak aku pi jugak kelas KAFA tapi lepas tu depa dah tak mau pi sebab kawan-kawan depa tak pi sama. Sambutan untuk kelas KAFA tidaklah menggalakkan, sebagai contoh kalau sekolah pagi tu duk ada 3 atau 4 kelas tapi bila masuk kelas KAFA jadi 1 kelas.
Kalau tak silap aku orang islam tak boleh beli bir tapi dilangkawi, orang-orang islam ni cukup senang nak dapatkan benda tu, pi saja di disco, lounge atau pub semuanya dipenuhi oleh anak-anak muda melayu, yang dah tua pun ada jugak. Ada satu kedai di padang matsirat yang selalu menjual bir kat orang melayu siap letak dalam plastic hitam supaya orang tak nampak. Kalau tak silap aku depa kena ada lesen kalau nak jual bir tapi aku tak tau la kedai tu ada lesen ke tidak.Kedai tikam nombor tak berlesen pun ada di Langkawi. Ada satu kedai di Perana, dah dua kali kena serbu tapi masih beroperasi seperti biasa dan pelanggannya adalah orang-orang melayu. Aku pernah tengok anggota polis pun beli nombor kat situ jugak.

Tuesday, November 6, 2007

Belajar Bisnes

Dalam tahun 1997 aku ada buat bisness part-time, service maintenance. Aku dapat gaklah projek kat dua tiga hotel. Ada satu hotel tu panggil company aku buat siap ngan bagi staff stanby kat situ. Aku letak 3 orang untuk cover 2 shift.
Aku buat kat situ selama 8 bulan dan dalam masa lapan bulan tu depa bayar aku 2 bulan saja, lepas tu hotel tu diambil alih oleh company lain. Aku ingat company baru tu nak bayaq hutang aku, rupanya depa suruh aku mintak kat tokey lama yang entah pi kemana.
Masa tu aku mintak tolong kat ramai orang termasuklah wakil rakyat. Bila aku pi ngan wakil rakyat depa kata depa nak bayaq tapi lepas tu habuk pun takdak.
Sampai la nie aku tak dapat hutang aku tu sebanyak lebih kurang RM 24,000.00.Kalau aku sebut nama hotel tu mesti semua orang tau sebab hotel tu masih hidup sampai sekarang.Untuk hutang aku tu, aku berserah kat tuhan saja. Kalau tuhan bukakkan hati depa untuk bayaq, alhamdullilah. Aku cakap camtu sebab pekerja-pekerja lama hotel tu masih ada lagi dan ada yang dah jadi GM pun. Depa semua tau kisah tu.

Langkawi

Aku dah masuk bilik nak tidoq tapi bila terpandangkan laptop aku yang comel ni terus mata aku tak mengantuk. Selepas 5 tahun aku dan keluarga aku tinggal di kuala lumpur, aku ambil keputusan untuk berpindah balik ke langkawi. Ketika itu anak aku bersekolah didalam tahun 5, 2 dan 1. Waktu tu berlaku kenaikan harga minyak dan barang-barang iaitu pada tahun 2005 dan rumah yang aku sewapun dinaikkan sewanya jadi perbelanjaan keluarga aku meningkat dengan mendadaknya. Jalan penyelesaiannya ialah berpindah balik ke langkawi. Hari pertama anak aku di sekolah, mereka merasakan agak sukar untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan disebabkan loghat yang digunakan. Lama kelamaan masalah itu dapat diatasi. Sebulan selepas itu aku begitu terperanjat apabila anak aku yang di tahun 2 beritahu aku kawan dia hisab rokok. Setelah aku selidik,memang ramai kanak-kanak diLangkawi yang menghisap rokok kerana dengan hanya RM 1.50 depa dapat beli 20 batang rokok yang berjenama murah. Aku rasa gejala sosial dilangkawi adalah tinggi dari kuala lumpur kerana kos sara hidup dilangkawi melambung tinggi, orang-orang kampung terpaksa bekerja di hotel-hotel dan meninggalkan anak-anak mereka dirumah sendirian. Ketika di kuala lumpur aku hanya berbelanja sebanyak RM 500.00 untuk perbelanjaan dapur.Barang-barang dapur aku beli di hypermarket dan juga pasar borong tetapi dilangkawi tidak terdapat tempat-tempat yang begitu. Harga barang-barang dapur lebih mahal daripada rokok dan bir. Aku pun hairan kenapa boleh jadi begini dan dimanakah pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya memantau keadaan tersebut. Kesianlah pada kami yang mempunyai anak yang ramai dan memperoleh gaji yang sedikit. Kalau kerja kerajaan tu takpa jugak. Lagi satu yang aku nak cakap dilangkawi cd cetak rompak ni cukup senang nak dapat. Pegi je dimana-mana pasar malam mesti ada punya. Software computerpun ada,harga Cuma RM5 untuk cd dan RM 10 untuk dvd. Harga computer diLangkawi lebih tinggi dari tanah besar. Nama saja pulau bebas cukai tapi kami penduduk dilangkawi masih lagi membayar cukai untuk barang-barang yang diimport. Alasan yang diberikan oleh peniaga ialah barang-barang tersebut masuk ketanah besar dulu baru sampai kelangkawi.Mata akupun dah mengantuk nanti aku sambung lagi cerita Langkawi geopark ni.

RumahKu SyurgaKu

Tahun 1992 aku beli rumah teres setingkat dengan harga RM 42,000.00. Aku buat loan bank tapi rumah tu lambat siap. Tahun 1996 baru aku boleh duduk rumah tu. Selama 4 tahun tu aku tak bayar apa-apa kat bank sebab rumah tak siap dan aku terpaksa menyewa rumah lain, jadi bila bank bagi statement aku tengok tunggakan aku ada lebih kurang RM 5,000.00. Bank suruh aku bayar tapi masa tu mana aku nak dapatkan duit. Aku ada telefon dan hantar surat kat EPF tanya kalau-kalau aku boleh buat pengeluaran tapi depa kata kena tunggu 5 tahun sebab aku dah buat pengeluaran yang pertama. Masa tu aku rasa macam peminta sedekah sebab nak keluarkan duit sendiripun tak boleh. Tahun 1998 kegawatan ekonomi dan akupun menjadi penggangur dan masa tu bertambahlah tunggakan aku. Aku dapat kerja di Kuala Lumpur dan tahun 2000 aku terpaksa menjual rumah aku iaitu harta yang aku ada untuk hari tua dengan tidak mendapat untung walau sesenpun sebab bank dah nak lelong rumah tu.Baru-baru ni bila kerajaan mengumumkan pencarum boleh keluarkan duit simpanan depa setiap bulan untuk bayar hutang rumah, aku jadi marah sebab aku dah tak ada rumah. Kenapakah kerajaan tak umumkan perkara tersebut ketika aku betul-betul memerlukannya. Aku rasa bukan aku sorang saja yang mengalami nasib malang ni, mungkin ramai lagi diluar sana yang senasib dengan aku.