Thursday, November 8, 2007

Realiti Kehidupan

Aku nak sambung balik cerita langkawi ni. Kebanyakan orang-orang kampung dilangkawi ni suka sangat bela anjing di rumah depa. Aku pun tak tau kenapa sebab depa ni orang melayu dan beragama islam tapi bab-bab ni depa lupa. Aku pernah tengok anjing jilat kaki tuan dia, lepas tu tuan dia pi basuh saja. Aku jadi heran, nak kata tak tau hukum agama, umuq dah tua.
Cuti hujung minggu jatuh pada hari jumaat, tujuannya supaya umat islam boleh pi sembahyang jumaat tapi kat sini hari jumaat tu depa penuhi dengan aktiviti memburu babi hutan. Dari pagi sampai ke petang. Kalau dapat tu depa akan lapah babi hutan tu dan bagi makan kat anjing depa. Kalau hari biasa depa akan pi waktu malam, sampai pukul 4 atau 5 pagi baru balik rumah. Aku tak tau sampai bila aktiviti ni nak berhenti sebab bukan setakat orang tua saja yang muda-muda pun dah mula ikut sama.
Depa ni suka pikat burung jugak, burung merbok. Hari yang paling meriah adalah hari jumaat. Tempat yang orang tak pernah pegi pun depa masuk, dari pagi sampai petang duduk sembunyi dalam semak takut burung nampak. Anak bini kat umah terbiar.
Ketika aku tinggal di kuala Lumpur dulu, dari pagi sehingga kepetang, anak-anak aku menghabiskan masa depa di sekolah, lepas tu kekelas KAFA, tapi di Langkawi aktiviti tu tak ada sangat. Mula-mula dulu anak aku pi jugak kelas KAFA tapi lepas tu depa dah tak mau pi sebab kawan-kawan depa tak pi sama. Sambutan untuk kelas KAFA tidaklah menggalakkan, sebagai contoh kalau sekolah pagi tu duk ada 3 atau 4 kelas tapi bila masuk kelas KAFA jadi 1 kelas.
Kalau tak silap aku orang islam tak boleh beli bir tapi dilangkawi, orang-orang islam ni cukup senang nak dapatkan benda tu, pi saja di disco, lounge atau pub semuanya dipenuhi oleh anak-anak muda melayu, yang dah tua pun ada jugak. Ada satu kedai di padang matsirat yang selalu menjual bir kat orang melayu siap letak dalam plastic hitam supaya orang tak nampak. Kalau tak silap aku depa kena ada lesen kalau nak jual bir tapi aku tak tau la kedai tu ada lesen ke tidak.Kedai tikam nombor tak berlesen pun ada di Langkawi. Ada satu kedai di Perana, dah dua kali kena serbu tapi masih beroperasi seperti biasa dan pelanggannya adalah orang-orang melayu. Aku pernah tengok anggota polis pun beli nombor kat situ jugak.

No comments: