Tuesday, November 6, 2007

Langkawi

Aku dah masuk bilik nak tidoq tapi bila terpandangkan laptop aku yang comel ni terus mata aku tak mengantuk. Selepas 5 tahun aku dan keluarga aku tinggal di kuala lumpur, aku ambil keputusan untuk berpindah balik ke langkawi. Ketika itu anak aku bersekolah didalam tahun 5, 2 dan 1. Waktu tu berlaku kenaikan harga minyak dan barang-barang iaitu pada tahun 2005 dan rumah yang aku sewapun dinaikkan sewanya jadi perbelanjaan keluarga aku meningkat dengan mendadaknya. Jalan penyelesaiannya ialah berpindah balik ke langkawi. Hari pertama anak aku di sekolah, mereka merasakan agak sukar untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan disebabkan loghat yang digunakan. Lama kelamaan masalah itu dapat diatasi. Sebulan selepas itu aku begitu terperanjat apabila anak aku yang di tahun 2 beritahu aku kawan dia hisab rokok. Setelah aku selidik,memang ramai kanak-kanak diLangkawi yang menghisap rokok kerana dengan hanya RM 1.50 depa dapat beli 20 batang rokok yang berjenama murah. Aku rasa gejala sosial dilangkawi adalah tinggi dari kuala lumpur kerana kos sara hidup dilangkawi melambung tinggi, orang-orang kampung terpaksa bekerja di hotel-hotel dan meninggalkan anak-anak mereka dirumah sendirian. Ketika di kuala lumpur aku hanya berbelanja sebanyak RM 500.00 untuk perbelanjaan dapur.Barang-barang dapur aku beli di hypermarket dan juga pasar borong tetapi dilangkawi tidak terdapat tempat-tempat yang begitu. Harga barang-barang dapur lebih mahal daripada rokok dan bir. Aku pun hairan kenapa boleh jadi begini dan dimanakah pihak-pihak berkuasa yang sepatutnya memantau keadaan tersebut. Kesianlah pada kami yang mempunyai anak yang ramai dan memperoleh gaji yang sedikit. Kalau kerja kerajaan tu takpa jugak. Lagi satu yang aku nak cakap dilangkawi cd cetak rompak ni cukup senang nak dapat. Pegi je dimana-mana pasar malam mesti ada punya. Software computerpun ada,harga Cuma RM5 untuk cd dan RM 10 untuk dvd. Harga computer diLangkawi lebih tinggi dari tanah besar. Nama saja pulau bebas cukai tapi kami penduduk dilangkawi masih lagi membayar cukai untuk barang-barang yang diimport. Alasan yang diberikan oleh peniaga ialah barang-barang tersebut masuk ketanah besar dulu baru sampai kelangkawi.Mata akupun dah mengantuk nanti aku sambung lagi cerita Langkawi geopark ni.

No comments: