Tahun 1992 aku beli rumah teres setingkat dengan harga RM 42,000.00. Aku buat loan bank tapi rumah tu lambat siap. Tahun 1996 baru aku boleh duduk rumah tu. Selama 4 tahun tu aku tak bayar apa-apa kat bank sebab rumah tak siap dan aku terpaksa menyewa rumah lain, jadi bila bank bagi statement aku tengok tunggakan aku ada lebih kurang RM 5,000.00. Bank suruh aku bayar tapi masa tu mana aku nak dapatkan duit. Aku ada telefon dan hantar surat kat EPF tanya kalau-kalau aku boleh buat pengeluaran tapi depa kata kena tunggu 5 tahun sebab aku dah buat pengeluaran yang pertama. Masa tu aku rasa macam peminta sedekah sebab nak keluarkan duit sendiripun tak boleh. Tahun 1998 kegawatan ekonomi dan akupun menjadi penggangur dan masa tu bertambahlah tunggakan aku. Aku dapat kerja di Kuala Lumpur dan tahun 2000 aku terpaksa menjual rumah aku iaitu harta yang aku ada untuk hari tua dengan tidak mendapat untung walau sesenpun sebab bank dah nak lelong rumah tu.Baru-baru ni bila kerajaan mengumumkan pencarum boleh keluarkan duit simpanan depa setiap bulan untuk bayar hutang rumah, aku jadi marah sebab aku dah tak ada rumah. Kenapakah kerajaan tak umumkan perkara tersebut ketika aku betul-betul memerlukannya. Aku rasa bukan aku sorang saja yang mengalami nasib malang ni, mungkin ramai lagi diluar sana yang senasib dengan aku.
1 comment:
Perkara ni pernah jadi kat aku. aku pun geram jugak sebab baru sekarang kerajaan benarkan pengeluaran epf untuk bayar duit umah
Post a Comment